Monday 12 November 2012

Jualan Murah

Pacific Mall, Alor Setar tengah buat sales kasut dan beg tangan 20% hingga 70%. Boleh percayakah ni? Sebagai wanita saya juga mahu menikmati jualan yang dianggap murah tu. Kalau orang tipu tertipulah saya,kalau tidak murah jugalah tu. Dua jam dihabiskan masa di situ, belek itu ini tak ngantuk langsung, kalau baca Quran dua muka surat dah ngantuk. Orang India yang nak sambut Depavalipun tak seramai orang kita kat situ.Itulah orang kita termasuk sipenulis ni. Tapi dalam beramai-ramai orang kita kat situ tak pula bertegur sapa. Masing-masing dengan hal masing-masing, sampai kalau kita senyum sedekah pun tak ada yang nak balas. Wajah hairan bin ajaib adalah apabila  tengok kita senyum. Bukan budak-budak muda sahaja yang  bersikap demikian malah orang dewasa yang berlebai dan bertudung litup pun hari ini di mana sahaja kita jumpa bersikap yang sama. Sebenarnya kita semua sama sahaja akhir zaman ini kerana memang hakikat seperti ini telah disebut Rasulullah. Hubungan sebagai saudara seagama  sudah tidak terasa hatta dalam masjid pun. Maka kesimpulan saya Qiamat itu memang semakin hampir, tapi manusia semakin menjauhi Tuhannya. MasyaAllah!!!

No comments:

Post a Comment