Friday 9 November 2012

Menuntut Ilmu

LAMAN NURANI
Assalamualaikum warahmatullah wbt.

Segala puji bagi Allah yang telah memuliakan anak Adam dengan ilmu dan amal melebihi seluruh makhluk. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad saw penghulu bangsa Arab dan orang ajam juga selawat dansalam kepada keluarga baginda dan para sahabat yang menjadi pusat pancaran ilmu dan hikmah.




Hari ini ibu bapa telah sedar betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan. Anak-anak di hantar ke sekolah walaupun sesetengahnya tidak mampu. Sayangnya  mereka lupa untuk mengajar anak-anak tentang adab menuntut ilmu. Hal ini mungkin kerana mereka sendiri tidak tahu. Hasilnya timbul pelbagai masalah disiplin pelajar di sekolah. Terdapat sebahagian besar murid pergi ke sekolah tanpa ada matlamat untuk menuntut ilmu. Mereka ke sekolah mungkin kerana sudah menjadi adat; budak-budak mesti ke sekolah. Pergi ke sekolah seronok kerana ada ramai kawan, dapat duit poket dari ayah ibu, boleh bermain dan bersembang. Jika ibu bapa telah mempersiap anak-anak dengan tujuan sebenar menuntut ilmu, maka hasilnya lahirlah anak-anak yang beradab, bijak, berjaya dan dapat memanfaatkan ilmu dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Sebenarnya menuntut ilmu ini tidak mengira usia. Selagi kita bernafas kita wajib menuntut ilmu agar kita menjadi manusia yang baik dan berguna. Jika kita berhenti menuntut ilmu sebenarnya kita mencipta kebodohan untuk diri kita sendiri. Ilmu Allah terlalu luas, mari kita terus menuntut ilmu. Jadi walaupun kita telah dewasa atau tua, sebagai murid kita harus beradab dalam menuntut ilmu. Di sinilah kita pelajari adab-adab menuntut ilmu, agar-agar anak-anak kita nanti dapat kita ajar pula bagaimana syarat untuk menuntut ilmu. 

No comments:

Post a Comment