Monday 12 November 2012

Sepi Ibu Tua



Usiaku sudah menjangkau 90 tahun lebih. Kadang-kadang macam baru 15 tahun, kadang-kadang macam baru bersalin. Duniaku terlalu sunyi walau ada ramai orang yang kulihat di sekelilingku. Kadangkala aku kenal mereka tapi yang banyaknya aku tak mengenal sesiapa. Tiada apa yang dapat aku bercerita atau bertanya apa-apa kerana aku tidak tahu aku di mana dan siapa mereka, Rumahku di mana? Suamiku di mana? Anak-anaku? Sakitnya lututku! Ah, nak buang air! Ah, tak sempat nak bangun! Basah!!! Sejuk, hancing!!! Mana tandas, tak jumpa. Ini di mana, mana tandas rumahku? Aku siapa sebenarnya? Mengapa aku tak kenal sesiapapun? Eh lapar...lapar.... ada apa nak makan. Atas meja tu ada makanan. Nak makan. Oh, kerasnya tak boleh kunyahpun. Mana orang ni. Maaak... maaaak...!!! Mana emak? Oh Tuhan, siapa aku Tuhan.. oh Allah!!!

No comments:

Post a Comment