Usiaku sudah menjangkau 90 tahun lebih. Kadang-kadang macam baru 15 tahun, kadang-kadang macam baru bersalin. Duniaku terlalu sunyi walau ada ramai orang yang kulihat di sekelilingku. Kadangkala aku kenal mereka tapi yang banyaknya aku tak mengenal sesiapa. Tiada apa yang dapat aku bercerita atau bertanya apa-apa kerana aku tidak tahu aku di mana dan siapa mereka, Rumahku di mana? Suamiku di mana? Anak-anaku? Sakitnya lututku! Ah, nak buang air! Ah, tak sempat nak bangun! Basah!!! Sejuk, hancing!!! Mana tandas, tak jumpa. Ini di mana, mana tandas rumahku? Aku siapa sebenarnya? Mengapa aku tak kenal sesiapapun? Eh lapar...lapar.... ada apa nak makan. Atas meja tu ada makanan. Nak makan. Oh, kerasnya tak boleh kunyahpun. Mana orang ni. Maaak... maaaak...!!! Mana emak? Oh Tuhan, siapa aku Tuhan.. oh Allah!!!
TAKLIM AL MUTAKLIM
Monday 12 November 2012
Jualan Murah
Pacific Mall, Alor Setar tengah buat sales kasut dan beg tangan 20%
hingga 70%. Boleh percayakah ni? Sebagai wanita saya juga mahu menikmati
jualan yang dianggap murah tu. Kalau orang tipu tertipulah saya,kalau
tidak murah jugalah tu. Dua jam dihabiskan masa di situ, belek itu ini
tak ngantuk langsung, kalau baca Quran dua muka surat dah ngantuk. Orang
India yang nak sambut Depavalipun tak seramai orang kita kat
situ.Itulah orang kita termasuk sipenulis ni. Tapi dalam beramai-ramai
orang kita kat situ tak pula bertegur sapa. Masing-masing dengan hal masing-masing, sampai kalau kita senyum sedekah pun tak ada yang nak balas.
Wajah hairan bin ajaib adalah apabila tengok kita senyum. Bukan
budak-budak muda sahaja yang bersikap demikian malah orang dewasa yang
berlebai dan bertudung litup pun hari ini di mana sahaja kita jumpa
bersikap yang sama. Sebenarnya kita semua sama sahaja akhir zaman ini
kerana memang hakikat seperti ini telah disebut Rasulullah. Hubungan sebagai saudara seagama sudah tidak terasa hatta dalam masjid pun. Maka kesimpulan saya Qiamat itu memang semakin hampir, tapi manusia semakin menjauhi Tuhannya. MasyaAllah!!!
Friday 9 November 2012
Menuntut Ilmu
LAMAN NURANI |
Segala puji bagi Allah yang telah memuliakan anak Adam dengan ilmu dan amal melebihi seluruh makhluk. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad saw penghulu bangsa Arab dan orang ajam juga selawat dansalam kepada keluarga baginda dan para sahabat yang menjadi pusat pancaran ilmu dan hikmah.
Hari ini ibu bapa telah sedar betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan. Anak-anak di hantar ke sekolah walaupun sesetengahnya tidak mampu. Sayangnya mereka lupa untuk mengajar anak-anak tentang adab menuntut ilmu. Hal ini mungkin kerana mereka sendiri tidak tahu. Hasilnya timbul pelbagai masalah disiplin pelajar di sekolah. Terdapat sebahagian besar murid pergi ke sekolah tanpa ada matlamat untuk menuntut ilmu. Mereka ke sekolah mungkin kerana sudah menjadi adat; budak-budak mesti ke sekolah. Pergi ke sekolah seronok kerana ada ramai kawan, dapat duit poket dari ayah ibu, boleh bermain dan bersembang. Jika ibu bapa telah mempersiap anak-anak dengan tujuan sebenar menuntut ilmu, maka hasilnya lahirlah anak-anak yang beradab, bijak, berjaya dan dapat memanfaatkan ilmu dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Sebenarnya menuntut ilmu ini tidak mengira usia. Selagi kita bernafas kita wajib menuntut ilmu agar kita menjadi manusia yang baik dan berguna. Jika kita berhenti menuntut ilmu sebenarnya kita mencipta kebodohan untuk diri kita sendiri. Ilmu Allah terlalu luas, mari kita terus menuntut ilmu. Jadi walaupun kita telah dewasa atau tua, sebagai murid kita harus beradab dalam menuntut ilmu. Di sinilah kita pelajari adab-adab menuntut ilmu, agar-agar anak-anak kita nanti dapat kita ajar pula bagaimana syarat untuk menuntut ilmu.
Subscribe to:
Posts (Atom)